Monday, 18 March 2013

RINGKASAN

Ringkasan

Blog ini adalah mengenai laluan-laluan yang berada dalam kampus UUM. Laluan yang berada dalam Kampus membawa kita menuju ke banyak tempat. Laluan- laluan ini dapat membawa kita ke DPP masing-masing, ke DKG, ke DMAS atau DTSO, ke HEP, dan banyak lagi. Antara laluan yang paling kerap disebut oleh kita ialah laluan A, laluan B dan laluan C. Ini adalah disebabkan oleh laluan- laluan ini diiringi oleh DPP.

MASALAH LALUAN-LALUAN DALAM KAMPUS UUM

Selekoh yang BAHAYA!!!




Selekoh ini terletak di laluan sebelum sampai ke bus-stop DKG 5. Selekoh ini membahayakan kerana ia adalah selekoh yang tajam. Kereta atau bus sering pandu dengan laju disebabkan juga laluan ini adalah bercuram.
Langkah yang harus diambil ialah pihak yang berkenaan harus menggariskan garisan kuning untuk kurangkan laju apabila menghampiri selekoh yang bahaya ini. Pagar juga harus dipasangkan di sisi jalan ini bagi memastikan tiada kemalangan yang diinginkan berlaku dan keselamatan pelajar yang berjalan di tepi jalan ini dapat dijaminkan.



Ini adalah simpang yang terletak di hujung laluan B. Simpang ini menghubungkan Persiaran Perdana dan membolehkan kita untuk sampai ke Laluan A. Namun simpang ini tiada isyarat, lampu atau pagar yang seharusnya. Ini akan mengancam sesiapa yang berada di simpang ini.
Pihak berkenaan harus memasangkan pagar di tepi jalan ini untuk memastikan keselamatan pemandu dan pengguna laluan ini. Lampu yang terang juga harus dipasangkan dan tanda isyarat yang sesuai harus dipasangkan untuk memastikan pemandu sedar bahawa simpang ini amat membahayakan.


PERSIARAN PERDANA


Persiaran Perdana merupakan laluan yang paling utama dalam kampus UUM. Laluan ini menghubungkan kesemua HEA, HEP, DEWAN MAS, DEWAN TSO, DPP dan sebagainya. Gambar di atas menunjukkan laluan Persiaran Perdana yang mengelilingi kampus UUM. 


Gambar yang pertama ialah Laluan yang menghubungkan DKG 5 dan COLGIS. Yang seterusnya pula merupakan Laluan Persiaran Perdana yang akan melalui DKG 1 & 2.

















Laluan ini menunjukkan laluan yang menghubungkan Canselori, HEP, Perpustakaan dan Pejabat Am UUM COB.






























Gambar ini menunjukkan laluan yang menghubungkan Dewan MAS & Dewan TSO. Hanya satu jalan yang dapat kita guna untuk sampai ke Dewan MAS dan Dewan TSO.

Dewan Penginapan Pelajar di Laluan C

Dua DPP yang terletak di Laluan C. Iaitu DPP YAB dan juga DPP Bank Muamalat.

Inilah entrance bagi kedua-dua DPP di Laluan C.



Komplex Sukan UUM juga terletak di Laluan C. Selain daripada itu, Bengkel dan Stor dan Suksis juga terletak di Laluan C.

Jalan-jalan Di Laluan C

Inilah papan tanda yang akan kita lihat sebelum masuk ke Laluan C. Pusat Kesihatan Universiti (PKU) adalah terletak di 'pintu masuk' bagi Laluan C.  


Gambar ini diambil dari tepi jalan masuk Laluan C yang menunjukkan Komplex Sukan.

Inilah LALUAN C!!!






Palapes UUM yang terletak di Laluan C dan juga Dataran Palapes yang terletak di belakang PKU.




Pusat Kokurikulum juga terletak di Laluan C di mana Pusat Ko-K ini hanya bersebelah dengan Palapes UUM.
  
Ini adalah Kelab Golf & Rekreasi UUM yang terletak di Laluan C.


Ladang Rusa juga terdapat di Laluan C.

Sunday, 17 March 2013

Dewan Penginapan Pelajar Di Laluan B


Gambar diatas menunjukan papan tanda DPP yang berada di laluan B. Antaranya ialah DPP MISC, DPP BSN, DPP EON, DPP TM, DPP SIME DARBY dan DPP PETRONAS. Seperti yang anda tahu, DPP MISC merupakan dpp yang diinapi oleh U TEAM, manakala DPP BSN adalah untuk palapes. ty
Terdapat pelbagai makanan yang sedap boleh didapati di laluan B. Antaranya ialah TOM YAM dari DPP PERTRONAS, masakan cina dari DPP MISC, masakan barat yang boleh didapati di DPP EON, dan sebagainya.
Tetapi, satu masalah yang agak teruk yang dihadapi oleh pelajar di dpp laluan B iaitu isu bas. Kebanyakan pelajar tak dapat naik bas walaupun menunggu selama setengah jam.Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan bas atau pemandu.  Pada pendapat saya, masalh ini dapat diselesaikan menambahkan bilangan bas dan pemandu dan pemandu tidak dibenarkan berehat pada waktu kelas.

Dewan Penginapan Pelajar Di Laluan A

 Papan tanda akan dapat dilihat apabila kita berada di Persiaran Perdana, iaitu kita akan nampaknya walaupun kita tidak masuk ke dalam Laluan A. Papan tanda ini menunjukkan 4 DPP yang terdapat di sepanjang Laluan A iaitu DPP PROTON, DPP MAS, DPP TRADEWINDS dan DPP TNB.


Gambar yang ditunjukkan di bawah ialah DPP yang berada di sebelah kanan laluan A. DPP yang pertama ialah DPP PROTON. 
 
Gambar yang ditunjukkan di bawah ialah DPP MAS. DPP MAS berada di hujung laluan A.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------




Kedua-dua gambar di atas menunjukkan DPP yang terletak di sebelah kiri Laluan A iaitu DPP Tradewinds dan DPP TNB.