Monday, 18 March 2013

MASALAH LALUAN-LALUAN DALAM KAMPUS UUM

Selekoh yang BAHAYA!!!




Selekoh ini terletak di laluan sebelum sampai ke bus-stop DKG 5. Selekoh ini membahayakan kerana ia adalah selekoh yang tajam. Kereta atau bus sering pandu dengan laju disebabkan juga laluan ini adalah bercuram.
Langkah yang harus diambil ialah pihak yang berkenaan harus menggariskan garisan kuning untuk kurangkan laju apabila menghampiri selekoh yang bahaya ini. Pagar juga harus dipasangkan di sisi jalan ini bagi memastikan tiada kemalangan yang diinginkan berlaku dan keselamatan pelajar yang berjalan di tepi jalan ini dapat dijaminkan.



Ini adalah simpang yang terletak di hujung laluan B. Simpang ini menghubungkan Persiaran Perdana dan membolehkan kita untuk sampai ke Laluan A. Namun simpang ini tiada isyarat, lampu atau pagar yang seharusnya. Ini akan mengancam sesiapa yang berada di simpang ini.
Pihak berkenaan harus memasangkan pagar di tepi jalan ini untuk memastikan keselamatan pemandu dan pengguna laluan ini. Lampu yang terang juga harus dipasangkan dan tanda isyarat yang sesuai harus dipasangkan untuk memastikan pemandu sedar bahawa simpang ini amat membahayakan.


No comments:

Post a Comment